Selamat Datang ke Laman Web Masjid Al Nadzim, Taman Desa Orkid, Seremban.
Kiisah Teladan : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
Allah
Taala menyeru: Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan
mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai
Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari
Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan
terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan
agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!â€
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik!
Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku
sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila
melihatmu.â€
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW.
Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad
SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku
di atas Sirat ini!â€
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi
seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh
berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas
belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW
melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik
tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka
mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang
buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!â€
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan!
Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak
diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang
mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala
sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di
dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh.
Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi
mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala
dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat.
Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka.
Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan
syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.â€
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah
berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di
dunia.â€
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu
terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa
mereka.â€
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu
berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya
dan menyatukan kami dengan mereka.â€
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di
tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat
Teropong.†Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh
di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada
bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan
meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada
kanak-kanak ini?†Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah
dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki
khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.â€
Surau Al Nadzim
Taman Desa Orkid, 70450 Seremban, NSDK