Surau AL NADZIM

 

Forest Thistle

Surau Al Nadzim menawarkan banyak kemudahan khususnya kepada ahli-ahli kariah Taman Desa orkid dan Sri Bayu khususnya, dan pada penduduk sekitar pada amnya.

 

Untuk memenuhi perkhidmatan dan permintaan setempat pihak surau juga membina bangsal yang kedua. Marilah kita sama-sama menderma untuk meyiapkan bangsal untuk kemudahan umum nanti.

gh

Van jenazah disediakan untuk kariah Surau dan juga wargra terdekat. Di samping itu juga kelas memandikan jenazah dijalankan di surau kami. Jika saudara berminat untuk menyertai kelas ini, sila hubungi pihak AJK.

Perkhidmatan berkhatan juga di jalankan di Surau ini. Sila hubungi pihak AJK jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut dalam hal ini kepada sesiapa yang berminat boleh lah berhubung dengan Ahli Jawatankuasa Surau untuk pendaftaran. (majlis tersebut di rancang akan diadakan pada hujung tahun ini.

Sewa barang-barang bangsal, peralatan memasak untuk majlis-majlis kenduri boleh di buat dengan menghubungi En. Azhar Bin Abdul Hadi. Dengan kadar sewa yang rendah. 

Skim Takaful Malaysia - Skim Kelompok Khiarat Kematian juga di tubuhkan di surau ini, bagi ahli kariah Surau Al Nadzim Taman Desa Orkid dan Tan Sri Bayu, bagi yang berminat bolehlah menyertai Kelompok ini. sila hubungi AJK yang berkenaan.

Surau Al Nadzim
Taman Desa Orkid, 70450 Seremban, NSDK