Surau AL NADZIM

 

Masjid Selamat Datang ke Laman Web Masjid Al Nadzim, Taman Desa Orkid, Seremban.

 RENUNGAN

SILA BACA....& PRAKTIKKAN....
KALAU RAJIN,CARI DALAM KITAB TANBIHUL GHAFILIN (PERINGATAN PD YG LUPA).
ADA KISAH DARI NABI SAW TENTANG ORG KENCING TAK "BERDEHEM" NI.


Apa yang patut di lakukan selepas kita kencing...

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai
Panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai
orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya,
sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Syedina
Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi
tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain
kafan

si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya
apabila seekor ular sedang melilit kepala mayat sipolan itu. Syedina Abu
Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya" Apakah salah ku kerana
aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan"
Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang
yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila
membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem
dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga
tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah
dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan
dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan
dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya
menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia
tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir
itu.

Wassalam

Hari Kiamat dan nafsu lawwamah

AKU bersumpah dengan Hari Kiamat. Dan Aku bersumpah dengan an-Nafsul Lawwamah (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati). (Al-Qiyamah : 1-2)

Huraian

Kedatangan Hari Kiamat hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Tidak ada seorang makhluk pun yang mengetahuinya sama ada dari kalangan nabi, rasul atau malaikat yang sangat rapat hubungannya dengan Allah s.w.t. Allah berfirman di dalam surah Luqman ayat 34 yang bermaksud:

Sesungguhnya di sisi Allah sajalah ilmunya untuk mengetahui saat tibanya Hari Kiamat.

Mukmin yang beriman dengan Hari Kiamat serta memiliki nafsu lawwamah (nafsu yang sentiasa menegur dan menempelak dirinya sendiri semasa ia berbuat baik atau jahat) merupakan satu kelebihan pada dirinya.

Jiwa yang sentiasa patuh dengan ajaran Islam dan yakin dengan pembalasan pada Hari Akhirat. Jiwa lawwamah menurut pendapat al-Hasan al-Basri ialah seperti katanya:

``Demi Allah, engkau tidak melihat seorang Muslim melainkan dia sentiasa mencela dan mengkritik dirinya sendiri: Mengapa aku berkata begitu? Mengapa aku makan ini? Mengapa aku bercita-cita begini? Tetapi sebaliknya seseorang yang berdosa akan meneruskan maksiatnya tanpa mencela dan mengkritik dirinya. Tiada seorang pun daripada penghuni langit dan bumi melainkan akan mencelakan dirinya pada Hari Kiamat.''

Kesimpulan

Jiwa yang mengkritik akan sentiasa berwaspada, hati-hati, dan takut-takut. Ia sentiasa memeriksa dirinya dan mengenalpasti segala keinginan hatinya dan takut menipu diri sendiri, terutama sebagai hamba Allah s.w.t. yang lemah. Inilah jiwa yang yang mulia di sisi Allah s.w.t.

-Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10

 

 

 

 

 

Some place holder text

 

 

 

Surau Al Nadzim
Taman Desa Orkid, 70450 Seremban, NSDK