Selamat Datang ke Laman Web Masjid Al Nadzim, Taman Desa Orkid, Seremban.
Kiisah Teladan : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan
bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang
,sayap itu antara timurdan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan
makhluk yang lebih baik
daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua
rakaat kerana syukur
kepadamAllah swt. dan tiap-tiap ra! kaat itu
lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah
SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah
menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun
yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti
akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,
sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku,
apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya
Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah
untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT
maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak per! jalanan 3000 tahun,
terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh
jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski pun
aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha
lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya
dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di
dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya
yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul
Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang
paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh
terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahuala
Surau Al Nadzim
Taman Desa Orkid, 70450 Seremban, NSDK